Followers

kenangan yang terindah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hatiku....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 30 January 2010

Majlis pertunangan adik bongsu ku..30/01/2010

 
Pasni, jauh la ain dok tinggalkan kami semua..sarawak lak tu..jenguh la nak ke sana.. 

  

  
hehehe..ajim dok atas meja.. 

 
hehehe..gubahan buah2an & sireh junjung ni hasil air tangan aku sndri..
untuk di berikan pd pihak lelaki..mcm x caye je leh buat..
hentam sudah la..

  
Hantaran dari pihak pompuan kepada pihak lelaki..
x termasuk kek (SR), buah & sireh junjung lg tu..
untung je pihak lelaki.. 

 

Gmbr atas tu - hantaran warna hijau dr pihak lelaki kepada pompuan..
Gambar bwh tu plak - pencuci mulut..bykknye kuih..tp tuan umah x dpt ape2 pun..habis bersih..

  


  
yg sebelah kanan tu anak saudara aku yg pertama..tingkatan 1..ninie..
tinggi dia dah melepasi aku..sbd tu aku bgambar duduk je ngan dia,...malu ahh..

   

 
 Gmbar ni ptg smlm punyer..masa tu kami semua nak balik umah masing..
akak, abg & adik aku dok kat melaka..
aku je yg tcampak jauh sikit..sian mak..tinggal berdua je ngan ijan..
nnti ade masa aku nak cuti lama kat kg..leh mkn ayam kg..sedap hoo..


Saturday 23 January 2010

menu last week

Sup Gear Box
 

  

hehehe..ni menu minggu lepas aku kat umah..
1st time buat..hsbnd yg suka mkn..aku biasa2 aje.. 

Wednesday 13 January 2010

Kenapa kita melahirkan anak?

Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.
 
Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:
1.Amanah anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawaranak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantuanak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

Galakkan anak makan

Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa. Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.
Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula..

BIJIRIN & UBI
Kumpulan makanan ini adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Antara makanan yang terkandung di dalamnya ialah mi, nasi, roti, pasta dan capati. Anak anda perlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari daripada kumpulan ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Sekurang - kurangnya 2 hidangan diperlukan oleh anak anda setiap hari.
Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral. Sehari, anak anda memerlukan 2 hidangan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Manakala untuk hasil tenusu, anak anda perlukan sebanyak 2 hingga 3 hidangan setiap hari.
Lemak, minyak dan kumpulan gula
Pastikan anda kurang memberi anak makanan yang berlemak, berminyak dan bergula.

15 cara galakkan anak makan: 
1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Makanan dan Peranan Ibu Bapa
+Jadi contoh
Pastikan anda makan hanya makanan yang berkhasiat. Jika di rumah anda hanya ada makanan yang berkhasiat, anak tentu akan memilih yang mereka paling suka di antara makanan berkhasiat itu.
+Pilihan menyelerakan
Berilah pilihan yang menyelerakan kepada anak. Bukan yang ala kadar sahaja. Jika kurang mahir memasak, belilah buku yang berkaitan dengan resipi untuk kanak-kanak dan belajarlah dari situ. Anak anda mesti suka mencuba menu baru anda.
+Persembahan yang menarik
Ketika menghidangkan makanan untuk anak anda, pastikan persembahannya menarik. Jangan main campur semuanya. Gabungkan warna-warna yang menarik dalam makan anak-anak. Persembahan makanan yang menarik bukan sahaja dapat memikat hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
+Bijak menyediakan hidangan
Jika anak anda tidak suka makan sayur-sayuran, ini tidaklah bermakna dia langsung tidak boleh makan makanan tersebut. Sebagai ibu bapa, anda mestilah berfikiran kreatif. Jika dia tidak suka makan lobak merah tetapi suka makan kek, apa kata anda buat kek
lobak merah. Tapi, jangan beritahu dia yang anda mencampurkan lobak merah ke dalam kek tersebut. Anak anda pasti akan makan kek tersebut kerana dia tidak tahu kandungannya. Begitu jugalah jika dia tidak gemarkan sayur-sayuran lain. Buatlah sup krim daripada sayursayuran itu dan hidangkan bersama roti bawang putih. Tentu berselera anak anda makan menu yang baru itu.

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.


RUAM
Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.


1.RUAM PANAS
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.
Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.


2.RUAM LAMPIN
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.
Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.


3.RUAM SUSU
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada
bayi.
Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.


4.EKZEMA
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan
bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.
Rawatan: Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

5.ALERGI
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan: Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.

Tips Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat yang baik.

Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi, perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing.
Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t.
Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan dahulu..
Suami isteri perlu bertolong bantu...
Suami isteri perlu bertolong bantu...
Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada tika waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.
Bagi sudut isteri yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah tanggungjawab isteri.
Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-

  1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
  2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
  3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
  4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
  5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
  6. Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
  7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
  8. Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
  9. Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
  10. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.
Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan..
Bantulah suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keperihatianan seorang isteri akan meyakinkan para suami bahawa walauapa keadaan sekalipun isteri tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.

Cara Tegur Isteri - Adab dan Etika Menegur!

1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.

2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita. 

3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…


4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur. 

5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.

6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.

Akhir kata, saya akui bahawa ada kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagimana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.
Sekian, semoga ada manfaat.

Pesanan Isteri Untuk Suami

21 Pesanan Isteri Untuk Suami


Baru-baru ini, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca setia blog ini. Beliau meminta saya kongsikan ‘21 pesanan isteri untuk suami’ ini dengan semua pembaca blog pakar.
Beliau berkata, sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.
Abang, tolong la jadi suami mithali yer....
"Abang, tolong la jadi suami mithali yer...."
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)

  1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
  8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
  18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
  19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
http://pakarhowto.com/teknik/21-pesanan-isteri-untuk-suami.html

Friday 1 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010




 Selamat Tahun Baru 2010..
Semoga dapat mencapai kebahagiaan, kejayaan dan apa yang diimpikan. 
Juga  di berkati & di rahmati oleh ALLAH S.W.T..
InsyaAllah..AMIN..
ALL the bestt!!


* Tahun 2009 - Celebrate di HKL..tgk bunga api KLCC dr bilik wad aje..
* Tahun 2010 - Celebrate di umah bersama Ajim my baby aje..
   ape2 aje lah..