Followers

kenangan yang terindah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hatiku....

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday 13 January 2010

Galakkan anak makan

Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa. Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.
Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula..

BIJIRIN & UBI
Kumpulan makanan ini adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Antara makanan yang terkandung di dalamnya ialah mi, nasi, roti, pasta dan capati. Anak anda perlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari daripada kumpulan ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Sekurang - kurangnya 2 hidangan diperlukan oleh anak anda setiap hari.
Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral. Sehari, anak anda memerlukan 2 hidangan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Manakala untuk hasil tenusu, anak anda perlukan sebanyak 2 hingga 3 hidangan setiap hari.
Lemak, minyak dan kumpulan gula
Pastikan anda kurang memberi anak makanan yang berlemak, berminyak dan bergula.

15 cara galakkan anak makan: 
1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Makanan dan Peranan Ibu Bapa
+Jadi contoh
Pastikan anda makan hanya makanan yang berkhasiat. Jika di rumah anda hanya ada makanan yang berkhasiat, anak tentu akan memilih yang mereka paling suka di antara makanan berkhasiat itu.
+Pilihan menyelerakan
Berilah pilihan yang menyelerakan kepada anak. Bukan yang ala kadar sahaja. Jika kurang mahir memasak, belilah buku yang berkaitan dengan resipi untuk kanak-kanak dan belajarlah dari situ. Anak anda mesti suka mencuba menu baru anda.
+Persembahan yang menarik
Ketika menghidangkan makanan untuk anak anda, pastikan persembahannya menarik. Jangan main campur semuanya. Gabungkan warna-warna yang menarik dalam makan anak-anak. Persembahan makanan yang menarik bukan sahaja dapat memikat hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
+Bijak menyediakan hidangan
Jika anak anda tidak suka makan sayur-sayuran, ini tidaklah bermakna dia langsung tidak boleh makan makanan tersebut. Sebagai ibu bapa, anda mestilah berfikiran kreatif. Jika dia tidak suka makan lobak merah tetapi suka makan kek, apa kata anda buat kek
lobak merah. Tapi, jangan beritahu dia yang anda mencampurkan lobak merah ke dalam kek tersebut. Anak anda pasti akan makan kek tersebut kerana dia tidak tahu kandungannya. Begitu jugalah jika dia tidak gemarkan sayur-sayuran lain. Buatlah sup krim daripada sayursayuran itu dan hidangkan bersama roti bawang putih. Tentu berselera anak anda makan menu yang baru itu.

No comments:

Post a Comment